INSTRUCTION DAH ADA FOR THIS STORY SILA BACA IKUT TURUTAN FOLLOW THE INSTRUCTION :) THANK YOU . THANK YOU BUAT VIEWERS , FOLLOWER , APE-APEWERS SUMA YANG SUDI MEMBACA , YANG SUDI FOLLOW SUME MINTAK MAAF SEKALI LAGI ATAS TYPING ERROR YANG BERLAKU :) TRUTH STORY . SALAM .

Wednesday, March 2, 2011

AL-FATIHAH


Sesungguhnya KEMATIAN itu satu KENYATAAN Walaupun siapa pun kita



Ucapan Takziah Buat Ahli Keluarga MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI (1966~2010) semoga rohnya dirahmati ALLAH S.W.T dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman... AMIN

DALAM KENANGAN

…:::din beramboi,dalam kenangan:::…


terdetik malam ni tuk aku menulis sedikit artikel tentang antare pelawak negara yg aku pling suke kerane telatah gler2 die…
aku anggp die lah orang yg pling gler penah aku tgok kat dunia ni,din beramboi…
aku xsangke die bleh meningal dunia dalam sekelip mate je…
aku kutip sikit2 sedutan artikal dri mane2 je tuk sentiase mengingati arwah dlam blog aku nie…sbb aku antare peminat setia die yg slalu mngikuti perkembangan die…
bacelah sedutan yg aku sediakan tuk korang2 yg sudi mmbacenye…
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.
Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.
“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain terkenal dengan lawak spontan, Din Beramboi terkenal juga kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
(dikemaskini jam 7:30am)
Dari Facebook ERA FM & ERA TV
“Salam, Jadual hari ini. 9pg – bergerak ke Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, 11pg – solat jenazah, 11.30pg – kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan. Anda semua dijemput hadir. Al-Fatihah, Allahyarham Din Beramboi”
TERDAHULU
Pada jam 12.30 malam tadi, Din Beramboi, 44, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man dan tiga orang anak. Salam takziah buat keluarga Din.
Din Beramboi Masih Bertarung Nyawa
(dikemaskini 1 April, 6:17pm)
Bertentangan dengan cakap-cakap yang tersebar kononnya Din Beramboi telah meninggal, jurucakap AMP Radio Networks menegaskan kepada GUA yang Din Beramboi masih bertarung nyawa. Diharapkan semua terus berdoa untuknya.
TERDAHULU
Din Beramboi Kritikal
Keadaan Din Beramboi tenat dan kritikal, lapor Harian Metro hari ini – ‘Din Beramboi Kritikal’.
Memetik pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Din yang telah dimasukkan ke ICU Isnin lalu sebenarnya menghidap Denggi Shock Syndrome. Dan bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Selain pendarahan dalaman, Dr Siti turut memaklumkan beberapa organ utama Din juga gagal berfungsi.
Kini, anak allahyarham yang bernama Ain pula telah ditahan di hospital kerana disyaki denggi. Doakan segalanya selamat.
Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.
Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Zul Yahya dan Fara Fauzana. Dan ini gambar dari FB Fafau:
gambar pengkebumian arwah din beramboi
Alhamdulillah jenazah Din Beramboi telah selamat dikebumikan hari Jumaat lepas. Dengar ceritanya ribu-ribu jugak orang yang datang. Kawan-kawan artis ada, kaum keluarga pun ada dan yang paling penting, ramai peminat yang datang untuk menitip doa kepada arwah Din Beramboi.
Arwah Din Beramboi sebelum meninggal dunia telah menulis kata-kata yang menunjukkan seolah-olah dia mengetahui yang masanya telah tiba di Twitter.
1. Sesapa nak ganti aku tahun depan… Dah tak larat lagi nak buat kelakar sebab nak berumur. Nak beribadah pulak rasanya…
2. Tanda-tanda ajal mula-mula bahagian kaki berasa kebas-kebas kemudian beransur-ansur ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya… Aku insaf!!!
Dan yang terbaru kami dapat ketahui, dalam satu interview bersama Utusan Malaysia, arwah Din Beramboi telah mengeluarkan kata-kata di bawah:-
Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini. Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu..
Semoga arwah Din Beramboi ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Wallahualam.
Lagi gambar sekitar pengkebumian arwah Din Beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi

ni adalah serba sedikit tntang arwah yg aku dapat kongsi bersama korang….
ingatlah….
kita yg hidup ni hendaklah sentiasa beringat kerana kita bleh pergi buat selame lamenye dalam sekelip mate jew…
bertaubatlah sementare masih sempat kerana dunia smkin lame smkin tua dan KIAMAT semkin lame,semakin dekat…
renung2 an dan selamat beramal…