INSTRUCTION DAH ADA FOR THIS STORY SILA BACA IKUT TURUTAN FOLLOW THE INSTRUCTION :) THANK YOU . THANK YOU BUAT VIEWERS , FOLLOWER , APE-APEWERS SUMA YANG SUDI MEMBACA , YANG SUDI FOLLOW SUME MINTAK MAAF SEKALI LAGI ATAS TYPING ERROR YANG BERLAKU :) TRUTH STORY . SALAM .

Sunday, March 27, 2011

LUAHAN PERASAAN

HYE GUYS 
ASSALAMUALAIKUM :) HAPPY SUNDAY

ENTRY for today is nak LUAH PERASAAN . guys actually hidup ni xsenang macam mana yang koranng suma sangkakan , even kita nak meningal pon susah dan terseksa ini kan pulak nak hidup , dengan keadaan manusia yang bermacam ragam dan perangai . cabaran sanagt jadi seorang manusia . sebab tu orang dolu-dolu suka bagi contoh , lagi senang dah hidup aman kalau jadi burung kan ?

kalau jadi orang miskin banyak benda yang kene harungi , kehidupan yang tak sempurna , serba tak ada , guna apa yang ada je , makan pun x semewah mane , kadang-kadang makan , kadang-kadang tak makan .

jadi orang kaya pon sudah , jangan korang sangka depa mewah so anggap dorang hidup dalam keaadaan yang senang , tak jugak okay ... dorang penuh denngan masalah jugak . ade je orang PHD (PERASAAN HASAD DENGKI ) ngeeHAHA betulkan .. keluarga porak peranda tak ada life , hidup ashik kerja je . 

hurmmm ... guys korang semua bersyukur tak denga napa yang korang dapat selama korang hidup dekat dunia ni . Ninyl mengaku ,, kadang tu memang ninyl xsedar yang dri ninyl ni pon kadang tak pernah bersyukur dengan apa yang ninyl dapat . tu lah perangai manusia yang sering alpa . kita manusia mana ada yang perfect . semua ada buat kesalahan dalam kehidupan , kalau tak ada mcm mana kita nak kenal diri kita , kita nak nilai diri kita ni kan .. dari kesalahan lah kita belajar menjadi matang . 

liku-liku kehidupan ni tak ada langsung yang senang , semuanya penuh dengan cabaran , penuh dengan dugaan , tapi korang sume kena ingat kita kene selalu bersyukur dengan setiap apa yang kita ada . 

huh tak tau lah sebenarnya nyl dalam keadaan yang tak berapa nak elok sangat , bukan lah moody tapi sedih 
tak dapat nak share lah dekat korang , bukan nyl kdekut just nyl rasa ni terlampau privacy and nyl tak ready lagi nak share lah guys ... hurmm berbloging ni buat nyl release everything . even tak dapat nkcerita secara detail hanya dengan kiasan je pon dah cukup melegakan hati nyl 
by the way ninyl nk korang semua tahu ninyl SAYANG sangat kat korang semua 
I LOVE YOU ALL GUYS !




Saturday, March 26, 2011

MENYERAH DIRI UNTUK DI SAKITI

BECINTA = MENYERAH DIRI UNTUK DI SAKITI
betul ataupun TIDAK ceciter ce cieter ngeeeHAHA

betul tau korang , ninyl memang tak tipu , katalah 100% kan 
30% je yang dapat tempuh relation dorang dengan JAYANYA (semangat ngeeHAHA)
another 70% tu becampur BAUR ade yang separuh gila bila becinta pas tu frust menonggeng , tertonggeng di tonggeng pon ade HAHA  kan ?
biase lah tu mula-mula becinta tu muka masing-masing IN LOVE heaven je haha lepas tu 
payah gila kot nak mantain hubungan yang baik seriously la , ape yang nyl cakap ni atas dasar pengalaman (ECHEH MINAH NI ngeeHAHA) tolong ah percaye tak tipu ni haha
ninyl pon dalam situation nyaris potong jari jugak ni BHAHA meaning dah dalam track yang salah kot ... dah goyang-goyang dah . kalau kiteorang tak kuat mybe akan stop kat sini je lah xada jodoh la katakan 
tapi insyaAllah ninyl nk cuba dulu semampu yang mungkin , sakit sape kate xsakit rasa lagi rela bunuh diri kot dr terima sakit mcm ni seksa kan .. memang lah ahaha 
takpelah guys lately ni moody betuka-tuka siket sampai xada mood nak blogging 
sorry guys nanty nyl update crite yang best2 share kat korang okay , ninyl promise :)

Monday, March 21, 2011

JENG JENG JENG !

SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPIKAN MUKA SENDIRI AHAHA
NAMPAK GILA MUKA LEPAS MELANTAK 
PENUH PERASAAN TANGKAP GAMBAR NIH TAU ! 
HAHAHAHA

SAJA NAK SHARE BUAT TATAPAN FOLLOWERS SUME 
JENG ! JENG ! JENG !

 chehwah masa ni sopan lagi , masih boleh kawal perasaan 
nafsu bagai sume mampu di kawal 
yang paling penting TUH ! nampak TUH ! 
hahaha kat peha tu ,, talipong tuu mantain je haha sentiasa di sisi
oh ! yang ni xdapek nak nolong dah ! kekenyangan HAHA

 BUAT MUKA SEPARUH AYU ! 
COVERLINE hok tadi punye kakaka
terduduk dah haih ! konyang bebenor !

and ni lah makanan yang sempat di ambil before ninyl telan semua HAHA

Monday, March 14, 2011

SUCH A BORING DAY GUY :)

wearing his jacket 

ngeHAHA .. GUYS ! SORRY TO SAY 
i'm quite tired lately so maybe i'm gonna stop blogging for a while 
GUA PENAT !! hahaha nanty sambung balik okay :)
CHILL!

last but not least woiii kawan aku duk kata aku macm minah rempit dah kot dok pakai baju lagu ni HAHAHA ! 
WOI !!! agak-agak lah der gamba je ni :)

HOROSKOP

Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Ingat perempuan saja yang kuat cemburu, lelaki pun sama juga. Kepada kaum Adam, korang baca ye, then compare betul ke tak tahap cemburu korang dengan horoskop korang tu. :))  This is just for have fun (!)



AQUARIUS  ( Jan 20 - Feb 17 )

>>Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.


PISCES ( Feb 18 - March 19 )

>>Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda. haha !


ARIES ( March 20 - April 19 )

>>Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.


TAURUS ( April 20 - Mei 19 )

>>Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.


GEMINI  ( Mei 20 - Jun 20 )

>>Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia png benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


CANCER ( Jun 21 - Julai 21 )

>>Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.


LEO ( Julai 22 - Ogos 22 )

>>Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.


VIRGO ( Ogos 23 - September 21 )

>>Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.


LIBRA (September 22 - Oktober 22 )

>>Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka


SCORPIO ( Oktober 23 - Nov 21 )

>>Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.


SAGITARIUS ( Nov 22 - Dec 21 )

>>Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
 

CAPROCPRN ( Dec 22 - Jan 19 )

>>Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik(mudah putus harapan). Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.

HOW TO MAKE MONEY !!

Berblogging pun boleh dapat duit !! Marii mariii !!

Sambil berblogging boleh dapat duit. Siapa tak nak? Haishh rugi la korang. Perkara ini bukan tipu! Saya pun nak share dengan kamu semua. Hanya perlukan beberapa minit sahaja untuk create account dan lepas tuh anda boleh berblogging seperti biasa dalam masa yang sama boleh kumpulkan duit ! check akan dihantar di atas nama anda sampai terus ke alamat rumah ! Jadi apa tunggu lagi ? Mariii mariii !! 

STEP 1 : Click pada iklan dibawah





 

 STEP 2 : Tekan dekat HEARTBEAT.MY .


STEP 3 : Tekan create account




STEP 4 : Isi form yang diberikan dengan BETUL . Agree dan continue






STEP 5 :Click Join HB!






STEP 6 : Click online application





STEP 7 : Isi sekali lagi form



Bahagian sini, korang boleh pilih korang nak dibayar menggunakan check atau melalui pilihan yang diberi. Pastikan betul tau isi ! Lepas isi terus tekan continue



STEP 8 : Tekan get a code untuk mendapatkan code !



Korang boleh pilih nak bentuk iklan yang macam mana, menegak ke? melintang ke? Lepas dah pilih, copy code yang diberikan dan paste kat blog korang. 





Nak letak kat blog reti tak? Siapa tak reti meh sini saya ajar. Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > Paste . Selamat mencuba !! :D

CELOTEH BERSAMA CIK NYL

Perlukah Nak Guna Bahasa Comel ?

Assalamualaikum & Selamat Hari-Hari 
ngeHAHAHA 
TAK JAWAB BERDOSA BHAI ! 
HA ! takot-takot kihkih babe just joke :P 



Tiba-tiba ari ni hati tergerak nak membentangkan isu yang sudah menjadi-jadi dalam kalangan remaja kita sekarang ni. Eceehhh! :P Perlu ke kita menaip menggunakan bahasa comel?  

Apa Itu Bahasa Comel wahai cik NYL? 


Jawapan : Bahasa yang telah ditokok tambah oleh segenlintir manusia yang tertentu dengan tujuan untuk menjadikan bahasa itu lebih "comel" !
Comel?? Itu kata depa laaa. bukan cek yang kataa yaaa mokcik pokcik sekalionn ! :) 


 Cik NYL, Sila Berikan Beberapa Contoh Bahasa Comel? 


1 ) Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku sayang kat dia! 
(bahasa comel punya pasai jadi kot lagu ni )
 | 
\/
CmPy AtY diErr wAt Akuh cMnieyH. AkuH SayuNk aT dieRrr !

2 ) Weh kau nak kecoh apesal? suka hati mak bapak aku lah!
|
\/
weyhH kO nAk keYcowH aPecAlLL ? SuKe aTiE mAk bApaQ akUH Layh! 


3 )
Baby, I love you. xoxoxo! 
|
\/
baBY, I LurvEeee Youuuuu, Muacchhhxxxxxx! 
HAHAHAHA bagi aku gelak sikit !

Nak contoh lagi? Dah tak sanggup nak baca bukan? Hahahaha. Apalah salahnya kita menggunakan bahasa yang tak begitu serabut. Orang yang baca "bahasa comel" ini pun geli geliman nak baca tau dak.


Anonymous : WeyHh, keyCowH arR kOw nieH !! AkuH x ganGgu iDOwp kOw , sO X pyaH naK ganGgu idOwP aKuH!
  NYL: Well, memang la kau tak ganggu hidup aku, tapi kau ganggu Bahasa Melayu aku. Salah ke aku nak tulis entry ni? anyway, buat payah nak taip,nak baca dan buat orang faham dengan "bahasa comel " ni.  Kan elok kalau tulis biasa-biasa je.


ok honestly NYL  minat dengan semua video IniAnwarHadi . It was
A>W>S>O>M>E !! Kepada sesiapa yang belum tengok lagi vid dia, jangan shy shy cat click play button okay :))


FACEBOOK

Ragam FACEBOOK

Assalamualaikum GUYS ! :)

Hari yang happy bagi semua orang tetapi bukan bagi saya. Sebabnya saya tak tahu harus ke mana pada setiap hujung minggu. Kadang-kadang duduk KL bosan jugak. ampa semua ingat best ke duduk KL? cek lagi suka duduk nuh jauh di kampung tapi bersyarat. perkhidmatan INTERNET kena ada. Hehe =D


Okay here we go... 


Kadang kala bila kita lihat homepage facebook kita, ada bermacam-macam status boleh kita baca.

1 )
Ermmmmmmmmm 
( mungkin di keyboard dia hanya ada 3 huruf shj  "E" "R" "M" )
2 )
I misschuu si polan si polan .
3 )
Yela, aku memang bangang, bodoh tak henchemm. Blah kau dr hidup aku! bla bla bla... 
( amboii feeling gila )
4 )
Hey I'M SINGLE now !  ( common status )
5 ) sila isi kalau tiada seperti di atas . Muahahaha =P


Baca semua status ni, boleh jadi gila weh! Baca status sendiri lagi lah gila ! Boleh tersengih sendiri sampai gigi depan tersembol keluar.
My mum said : Gelak sorang-sorang lagi, macam orang gila. Okay mum, anak you ni memang gila kan kan . fineeeeeeeeeeee  
(T_T)
tettt !!! buat-buat tOuching HAHA

But I wanna remind you that think before post your status. Kadang-kadang kita tak perasan yang status kita ada tertulis perkara yang memalukan diri sendiri. orang ramai dah boleh tepuk tangan untuk kita. Kalau saya check balik status-status saya pada 2 tahun lepas, confirm punyer banyak status yang melalut tak tentu pasal.  Blog I pun same! Maluu sehhhhh ! >,<" 



Terima Kasih Membaca :)  


5 DON'T !! I SAY DON'T

5 Dont's When You Are Sleeping !

Salam semua !
I got these from my friend. I think I should share with you guys because seems like even a small things we do, may cause harm to our body. Take note !


1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.

3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.

4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.

Lastly.....

5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. : )



BERBULU JE GUA

BERBULU JE RASE !!!
echeh-cheh mula lah tu cik adeybah kite nak mengamuk 
WEYH !!AGAK la kan memang nak pon ngeHAHA mau tak nyee ok fine maybe korang tak tau apesal aku tetiber je ase nak mengamuk tahap gaban an an an oke jap aku bagi korang tengok gamba ni 

NAH  ! amik kau ape ko rase ? nak marah tak 
ngeeHAHA let's join D club ! agak -agak lah kan kite pon x duduk atas church dye asal dye nak buat gamab mcm ni pulak kan , kite masih ade rasa hormat dengan agama dye , knape dye tak boleh nak hormat agama kita , ok skunk ni yang buat aku heran sangat ape yang dia ni tak puas hati sampai publish gambar yang macam ni .
kite carik rezeki sendiri tak ada oun susah kan hidup dye 
come on girl where ur manner HA ! can u respect our religion !
CAN YOU !! 
weyh ,, memang panas weyh panas giler ni bek korang tahan aku before aku oatah liuk kan perempuan ni .acheh-cheh .. HAHA aku tunjuk kuat ! eh memang kuat pon !!! HAHA memang ikut kan nafsu aku yang ade 9 ni memang nak je aku belasah lumat-lumat minah ni doe ...heran sanagt dah aku ni 
taham keheranan aku samapi tahap LEVEL A spm hhahaha 
ape la dye dapat untung bile dpt hasilkan gambar yang uduh macam ni 
xada seni langsung... HURHHH !

GUYS ! tolong lah guys orang jenis macam ni maneboleh bagi muke ! makin kita diam makin dye menjadi-jadi . geram lak ai !!!! 
korang fikir-fikirkan lah :P 
nak sign out dulu panas hati pulak an !
sedih pon ade jugak !

Sunday, March 13, 2011

TATAPAN OR SANTAPAN

WAIVE MY YEARN WITH HIM
TE AMOR 

1
2
3
4
5
LAST KALI

haha last kali dye mengantuk ! KAKAKAKA anda kalah IM THE WINNER BABY ! welk bOOOO !!
I LOVE YOU 

KEMARUK

KEMARUK !
FUHYOOO !!! AYAT AKU ngeeHAHA
nyl tak rety lah nk cakap mcm mane , lately ny kuat gila makan , mcam orang kemaruk tawu tak . yang tak bole blah tu nak mkan yang sedap-sedap je doh 
maybe sebab tension kot banyak sangat assignment kan , HAHAHA 

SULRPPP .. sedapnye milo ais ni auch !! terliur sangat OH

PERGHHH makan pulak dengan kuih apam pocca dot ni 
sedapnyee bro ! sedap !!
white choclate :) my fav
blue hoorray :)
green grapes my fav
:P

Saturday, March 12, 2011

bridal dress

SUPERB BRIDAL DRESS 

lawanye kan kan kan  HEHE mesti pelik kan tak pasal je aku upload gamba bridal dress ni 
entah gatai sangat dah kot BHAHA xde lah actually tadi aku agak stress ah jugak , buat assgnment , lipat baju , buat keje itu ini dengan gaduhnye lagi , tu yang aku tetibe datang mmod nak buat research pasal baju-baju ni tah macam mne aku type bridal kua la bridal dress yang cun melecun ni doh OMG siyes lawa :P
have a look guys 
ni bagi aku kurang ah mcm serabut siket je bwah dye tu terangkat sangat
yang ni po la , boleh tahan jela tpi lawa sangat tu tak  la
yang ni oke jelah kot


ok yang ni bagi aku dye simple tapi because of colour dye y lembut so nice la :) sweet je 
yang ni aku paling suke , sb dye nampak dress ni jatuh . so perfect SANGAT !


10 perkara si LELAKI perlu tahu .

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami hati dan perasaan wanita.

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.

Tuesday, March 8, 2011

Monday, March 7, 2011

DRAMA QUEEN

ngeeHAHA muke aku ! cam baru lepas mati laki
ngeHAHA gedik .. 


BHhAhA story dye :
aku buat hal cari pasal dengan edy , ngAmok-ngamok sebab ape ntah lupe tp yang aku ingat AKU baru lepas kene maki HAMOK ! dengan cikSAYANG ngeeHAHA 
aku kan suke carik pasal , bab-bab nyakitkan hati ni memang bagi je aku TERBAIK ! punye hahaha
lepas dah nagis-nagis separuh sedar , edy pujuk ajak skype ngeHAHA 
bongok ! dye yang marah aku last kali dye yang amik gambar aku 
weeee :D
MALU AU ! AU ! (tapi suke sbenanye sb dapat dye pujok )
TETTTTT !! ngeHAHA

NOTES

ngeHAHA ... UDOHNYE LA blog kamoo nyl aina beradibah ! 
bengong , actually aku nk change font je skali bantai tangan gaTai p change sume !
betol ko ni tangan xdok seni HAHA darah je seni tapi siket pon xdok seni bhahaha malunye lah !!! takpe-takpe dun worry dear followers be happy , nyl gune font n background ni for temporary je ade mase nanty che' tuqa na !! HAHAHA :)

I'M SO SORRY ! 

ALAPADAM ! SO SORRY GUYS !

Sunday, March 6, 2011

NEW LESSON

NEW LESSON :)

OH DAMN!
Lost your pen = No pen
No pen = No notes
No notes = No study
No study = Fail
...Fail = No diploma
No diploma = No work
No work = No money
No money = No food
No food = You get skinny
You get skinny = Then you get ugly
Ugly = No love
No love = No marriage
No marriage = No children
No children = Alone
Alone = Depression
Depression = Sickness
Sickness = Death

LESSON: Don’t lose your pen or you will die.

Saturday, March 5, 2011

KENAPA LELAKI CURANG

KENAPA LELAKI CURANG !

YEAH ! entry kali ni agak menarik hati nyl nak share dengan followers sumer


Kenapa lelaki curang?

For girls ; Pernah korang terfikir kenapa lelaki curang? Lelaki tersebut dah dapat cari yang lebih cantik ke?
Kebiasaannya girls akan menjawab
"Elehhh, lelaki biasaa laahh! dapatt yang lebih cantikk, buang yang lama, buat macam tykar baju je! " Hati girls tengah panas sekarang ni. haha
Pada pendapat lelaki pula, Lelaki tidak mendapat sebarang jawapan yang kukuh kenapa dorang curang terhadap girlfriends dorang. Malah kalau ditanya pun kenapa mereka curang? jawapan tetapp samaa.
"tidak tahu"
TAPI! ada satu kemungkinan kenapa lelaki curang. hahaha. mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan?

Ada juga alasan yang lain yang buat Nyl tergelakk, (haha) Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!” >>> untuk pasangan suami isteri jeerrr.

Kata lelaki, masa awal-awal masih bercinta .


“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”

Selepas lama bercintaa.


You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Cakap banyak? hahaha sama mcm entry blog Nyl  yang sebelum nii. ^^

Haishh, cepat betul lelaki berubahh kan. Terkena Kaum lelaki hari ni. hahaha!


Okayy lemme guess the answer ^_^

I guess that’s the answer!!…
LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan kan?  ;'(

Nasihat kepada kaum lelaki ; 

Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti. suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together. kalau boleh nampak bahagia lah !
 Nasihat kepada kaum perempuan pulakk ^^ ; 
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa. fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu. hahaha!

STORY SIKET ....

ASSALAMUALAIKUM , guys ! 
ngeeHAHA mood aku ari ni betul-betul nak menyengih je :D

tak taw la ape pasal maybe sebab assignment dah makin berkurang , sem 2 pon dah nak habis exited sangat okeyh tak rety nak ckp mcm mane lg dah bile nk msuk sem 3 .pejam celik , pejam celik dah nk setahun dah aku belajar , dah nk habis pon foundation n dah nak masuk degree dah pon UMOR pon naik dah skejap je dah 19 ! WAKKKK padahal dulu kecik je , terase junior je hahaha skunk pndai dah werkk,, ERRMMM n tak lupe jugak dah nk setahun dah PAPA pergi :'( I MISS YOU PAPA
AL-FATIHAH 

hurmmm ... actually , dalam taun ni je aku rase tangungjawab aku banyak sangat , aku selalu stress n mcm2 y jadi kat aku , tapi aku besyukur gila ALHAMDULILLAH , aku boleh handle semua tu without cederakan org lain ...
heeee se agy relationship aku dgn edy pon makin okay , dah xselalu gaduh dah , masing-masing dah boleh mengalah ... au ! au ! makin sayang kat u beby weeewit HAHAHA ...
oh ya! new story tadi aku g tgk rumah baru kat puchong n butik baju y  mummy aku nak RUN tu hopefully , jadilah pindah n insyaALLAH business tu success dalam tangan mummy . i know u can mOm !  
I LOVE YOU

 so that's all for today ! takde pon cerite yang sedihkan actually saje nk update blog sb lame dh x update so xde topic pon random jelah ni kakakakaka 
SALAM !

Wednesday, March 2, 2011

AL-FATIHAH


Sesungguhnya KEMATIAN itu satu KENYATAAN Walaupun siapa pun kita



Ucapan Takziah Buat Ahli Keluarga MIOR AHMAD FUAD MIOR BADRI (1966~2010) semoga rohnya dirahmati ALLAH S.W.T dan ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman... AMIN

DALAM KENANGAN

…:::din beramboi,dalam kenangan:::…


terdetik malam ni tuk aku menulis sedikit artikel tentang antare pelawak negara yg aku pling suke kerane telatah gler2 die…
aku anggp die lah orang yg pling gler penah aku tgok kat dunia ni,din beramboi…
aku xsangke die bleh meningal dunia dalam sekelip mate je…
aku kutip sikit2 sedutan artikal dri mane2 je tuk sentiase mengingati arwah dlam blog aku nie…sbb aku antare peminat setia die yg slalu mngikuti perkembangan die…
bacelah sedutan yg aku sediakan tuk korang2 yg sudi mmbacenye…
KUALA LUMPUR: Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.
Salam takziah daripada Budiey untuk seluruh keluarga allahyarham Din Beramboi. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Pertama kali tercalon Penyampai Radio Terbaik ABPBH 2009 yang akan berlangsung pada 4 April ini, ternyata allahyarham tak sempat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Beliau telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan dan seribu satu kenangan untuk kita semua.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM). Solat jenazah arwah Abg Din dipercepatkan daripada pukul 11 pagi kepada 10 pagi bertempat Masjid al Faizin Taman Ehsan.
Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir semua ahli keluarga terdekat berada disisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.
“Hampir semua ahli keluarga berada disampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi Allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung. Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya di Hospital Selayang di sini hari ini.
Rozana Mior Badri, berkata mesin sokongan hayat yang dipasang sejak beliau tidak sedarkan diri dihentikan atas nasihat doktor berikutan kegagalan organ dalaman terutama buah pinggang dan hatinya berfungsi.
“Atas permintaan keluarga, doktor masih mengekalkan mesin sokongan hayat sehinggalah ia dihentikan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Ketika dimasukkan ICU Allahyarham menggunakan sepenuhnya alat bantuan pernafasan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.
Rozana berkata jenazah akan dibawa ke rumah ibu mertua pelawak itu di Taman Ehsan, Kepong, untuk dimandikan sebelum disembahyangkan di Masjid Taman Ehsan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.
“Beliau adalah insan pertama yang ”pergi” dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.
“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.
Allahyarham berasal dari Sungai Besi dis ini, dan mendapat pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain terkenal dengan lawak spontan, Din Beramboi terkenal juga kerana gandingannya bersama Aznil Nawawi dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
(dikemaskini jam 7:30am)
Dari Facebook ERA FM & ERA TV
“Salam, Jadual hari ini. 9pg – bergerak ke Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, 11pg – solat jenazah, 11.30pg – kebumi jenazah di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan. Anda semua dijemput hadir. Al-Fatihah, Allahyarham Din Beramboi”
TERDAHULU
Pada jam 12.30 malam tadi, Din Beramboi, 44, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham meninggalkan isteri, Suhaini Che Man dan tiga orang anak. Salam takziah buat keluarga Din.
Din Beramboi Masih Bertarung Nyawa
(dikemaskini 1 April, 6:17pm)
Bertentangan dengan cakap-cakap yang tersebar kononnya Din Beramboi telah meninggal, jurucakap AMP Radio Networks menegaskan kepada GUA yang Din Beramboi masih bertarung nyawa. Diharapkan semua terus berdoa untuknya.
TERDAHULU
Din Beramboi Kritikal
Keadaan Din Beramboi tenat dan kritikal, lapor Harian Metro hari ini – ‘Din Beramboi Kritikal’.
Memetik pengarah Hospital Selayang, Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Din yang telah dimasukkan ke ICU Isnin lalu sebenarnya menghidap Denggi Shock Syndrome. Dan bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang dihebohkan sebelum ini.
Selain pendarahan dalaman, Dr Siti turut memaklumkan beberapa organ utama Din juga gagal berfungsi.
Kini, anak allahyarham yang bernama Ain pula telah ditahan di hospital kerana disyaki denggi. Doakan segalanya selamat.
Jenazah pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan di sini hari ini.
Lebih 100 orang sanak-saudara dan sahabat-handai termasuk peminat Allahyarham hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.
Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Zul Yahya dan Fara Fauzana. Dan ini gambar dari FB Fafau:
gambar pengkebumian arwah din beramboi
Alhamdulillah jenazah Din Beramboi telah selamat dikebumikan hari Jumaat lepas. Dengar ceritanya ribu-ribu jugak orang yang datang. Kawan-kawan artis ada, kaum keluarga pun ada dan yang paling penting, ramai peminat yang datang untuk menitip doa kepada arwah Din Beramboi.
Arwah Din Beramboi sebelum meninggal dunia telah menulis kata-kata yang menunjukkan seolah-olah dia mengetahui yang masanya telah tiba di Twitter.
1. Sesapa nak ganti aku tahun depan… Dah tak larat lagi nak buat kelakar sebab nak berumur. Nak beribadah pulak rasanya…
2. Tanda-tanda ajal mula-mula bahagian kaki berasa kebas-kebas kemudian beransur-ansur ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya… Aku insaf!!!
Dan yang terbaru kami dapat ketahui, dalam satu interview bersama Utusan Malaysia, arwah Din Beramboi telah mengeluarkan kata-kata di bawah:-
Saya rasa kini saya boleh berbangga dengan konsep lawak jenaka yang saya ketengahkan. Esok atau lusa kalau saya sudah meninggal dunia, mungkin orang akan ingat dengan konsep lawak yang sebegini. Saya akan teruskan karier saya ini selagi ada umur dan kesihatan yang baik. Ini kerana, urusan esok, lusa dan hari hari seterusnya adalah perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang tahu..
Semoga arwah Din Beramboi ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Wallahualam.
Lagi gambar sekitar pengkebumian arwah Din Beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi
gambar pengkebumian arwah din beramboi

ni adalah serba sedikit tntang arwah yg aku dapat kongsi bersama korang….
ingatlah….
kita yg hidup ni hendaklah sentiasa beringat kerana kita bleh pergi buat selame lamenye dalam sekelip mate jew…
bertaubatlah sementare masih sempat kerana dunia smkin lame smkin tua dan KIAMAT semkin lame,semakin dekat…
renung2 an dan selamat beramal…